Saturday, October 10, 2015

Keredhaan

Assalamualaikum...

It's been a long time since I wrote here. Mungkin sibuk dengan urusan urusan duniawi. Mencari yang namanya kebahahgiaan. Sempat aku pergi menawan gunung,mencari yang dikatakan kecantikan alam ciptaan Tuhan. Mengenal saudara saudara baru. Alhamdulillah sempat merasai semua keindahan tersebut. Dalam sibuk sibuk tu rupanya Allah mahu uji aku dengan satu dugaan yang aku sendiri tidak pernah menyangka. Siapa yang boleh membaca takdir Allah kan? Allahu, kalau aku seorang yang lemah, mana mungkin aku bisa menulis sekarang. Alhamdulillah Allah bagi lagi kekuatan. Cumanya aku terkilan sedikit disebabkan itu aku terpaksa ambil study leave. Which is study aku tertangguh lagi setahun dan akan habis 2017. Umur  time tu dah 26. Astaga..lama betul aku mahu habis belajar. Aku tak sanggup rasa. Tapi mungkin ini salah satu ujian aku. Allah itu adil dan maha mengetahui. Mungkin ada orang fikir aku cuma beri alasan sakit untuk tidak teruskan. Aku membazir masa. "You shouldn't take study leave, you can do it"..and so on. Ya kekuatan. Aku perlu kekuatan untuk teruskan. Tapi maaf, kekuatan aku ada tahap.Sampai di situ sahaja kekuatan aku dan aku terpaksa membuat keputusan ini. Sakit aku aku ja rasa. Orang nak cakap cakap ja lah. Mungkin ada hikmah semua ni. Semoga aku tabah. Semoga Allah berikanku kekuatan.  Laayukalifullahu nafsan illa wusa'ha.lahamakasabat wa alaihaa maaktasabat..

Wassalam.