Sunday, January 5, 2014

Rasa

Bila mana kau bahagia bersama orang yang kau mahu cinta

Bila mana kau rasa setiap saat dia sentiasa ada
 
Bilamana ia berbalas dengan rasa yang sama kau rasa

Bila segalanya kau rasa indah berkongsi cerita

Itu cinta bagi pandangan mereka

Tapi bagi aku
Cinta itu tak semestinya begitu

Cinta yang aku rasa ini berbeda
Cinta yang mana bila dia sakit aku turut sakit
Bila dia sedih aku turut sedih
Bila dia terluka aku turut terluka
Bila dia kehilangan aku turut rasa kehilangan
Bila dia tidak bahagia aku turut rasa yang sama

Biarpun semua rasa dia itu bukan untuk aku
Biarpun dia tidak merasai
sakitnya aku
sedihnya aku
lukanya aku
rasa hilang aku
tidak bahagianya aku
      biar dia tidak pernah rasa semua aku rasa
      kerna aku ikhlas memberi rasa
      biarpun aku tidak menerima.
      biarpun dia tidak pernah mengerti
      biarpun dia tidak pernah mengetahui.
Itu cinta aku.

p/s: Mungkin cinta ini tidak diredhai.apapun segala yang hadir itu Allah jualah menghadirkan. Allah knows me best. Semoga aku kuat. Senyum :)

Cinta pada Allah itu keutamaan. Priority.