Friday, January 3, 2014

Pergi

tangan terketar. bibir terkatup rapat. mata aku pejam lama.dan kau hadir menceritakan.

dia menderita. lalu bagaimana dengan aku? aku menderita, lalu bagaimana dengan dia? atau soalan untukmu, bagaimana dengan kau sendiri? apa tak ada satu pun jalan untuk kesemuanya mendapat bahagia?
biarkanlah. aku pergi bersama malam pekat. takkan kau nampak andainya aku tercela. takkan ku tinggal kau rasa bersalah. untuk setiap apa-apa pun, telah disiapkan sesuatu untuknya. yang datang harus pergi. jadi aku pergi melengkapkan cerita ini. melihat dari daerah sana. memilih memejam mata dan membiarkan sekeliling berputar mengejar. hujan atau panas, suatu hari aku mungkin kembali,


mungkin jua tidak lagi. 
-AisyahhuseinRais_