Saturday, March 16, 2013

bulan cantik

Malam tadi aku tercari-cari bulan yg cantik. Terbaca tweet kawan. 'bulan cantik' lalu aku menjenguk ke arah langit. Tp tiada. Aku selalu gagal menjejak cahaya bulan.Aku pusing kan kepala ku ke arah lain. oh.itu rupanya bulan.Patutlah aku tak nampak.Cahayanya sedikit sahaja.Bulan sabit tak silap.Cantik Subahanallah. tweet kawan berbunyi lagi 'setiap tahun mesti ada yang memberitahu aku ada bulan cantik'. mungkin si dia yg beritahu atau siapa yang dia syg. Aku kembali melihat ke bulan."rindunya kat emak and family.rindu jugak pada seseorg yg pada zahirnya tak wujud.Yang aku sendiri tidak tahu siapa."

Mungkin belum sampai masa untuk aku bertemu org itu. Biarlah. Aku akan tunggu dalam diam. Sampai dia sedar satu masa dia harus bertemu aku.Mencari aku.dan menyedari kehadiranku.

Salam. :)