Friday, November 30, 2012

jaga kata

Maaf andai post aku kali ini agak mengundang rasa.bukanlah maksud aku mahu perasan yg diri ini baik.diri ini perfect.tidak sama sekali.aku manusia biasa.Ya,banyak aku belajar dari hari hari aku di UIA gombak ni.tekanan,masa,duit,manusia,perangai.semunya sudah sebati dalam hidup aku.Cakap pasal duit,sentiasa ada krisis.itu baru krisis duit,krisis famili,kawan,lecturer,lecturer,dan jiwa.macam mana?

Aku berkira,ini baru u.bukan lagi kerja.kadang rasa mahu berpatah balik ke alam sekolah.zaman2 kegemilangan bak kata akak.tp hidup harus diteruskan.Dalam dunia ini,bukan aku seorg yg hidup.ramai lagi.Kalau kata yg dari lidah belati tidak mampu aku hadapi.macam mana aku nak hidup?

berbalik pada tajuk,JAGA KATA.bukan maksud kita tak boleh bergurau langsung.boleh.tapi ada batasnya.tak semua org boleh terima apa kita cakap.Ada yang boleh terima,ada yang tidak.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab, ayat 70)


INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud
“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)