Monday, April 26, 2010

Kuatkan Hatiku

Assalamualaikum ...
Pelik kan ? Pagi2 lagi aku dah bangun semata-mata nak tulis belog ini . Berita yang tak enak sampai ke pengetahuanku pagi ini . Aku sangat terkejut ,marah ,sedih dan macam-macam lagi perasaan bercampur-baur . Aku nak luahkan sejuta rasa yang ada dalam belog ini .. Rasa yang sangat-sangat tak sedap sekarang . Bukan niat nak buka pekung di dada dan meminta simpati . Tapi sekadar mahu jadikan ini sebagai kekuatan dan motivasi kepada diri sendiri.

Aku hampa . Tapi aku harus tabah . Aku tahu ini semua dugaan daripada Allah . Aku harus kuat . Mungkin sudah ini takdirnya . Tapi aku juga manusia biasa . Kadang-kadang perasaan ini tak lepas dari bertanya . Kenapa ini berlaku dalam hidupku ?. Air mata aku dah kering untuk menangisi suratan ini .

Begitu besar dugaan yang menghempap keluargaku . Macam-macam yang berlaku . Sedih . Kalau aku sedih , emak apatah lagi . Hati kecil seorang ibu yang dah banyak terluka . Digores , ditoreh oleh anak sendiri . Sudah lah ketiadaan abah di sisi . Tapi aku tahu , emak tabah lalui saat ini . 

Aku sangat kasihan kat emak . Aku pernah terfikir mahu berhenti belajar . Kerana aku fikir yang aku mahu kerja dan sara emak . Dapat duit sendiri . Namun , aku tahu . Jauh di sudut hati emak , emak mahu tengok anak-anaknya berjaya . Dila akan belajar mak . Dila jadikan semua ni sebagai satu kekuatan untuk dila berjaya .
Doakan anakmu ini , mak . Restuilah aku .

Ya Allah,hanya pada Mu aku meminta pertolongan . Hindarilah keluargaku dari perkara-perkara yang tak elok . Kau bukakanlah pintu rezeki kami sekeluarga .Hanya pada Mu aku mengadu .Hanya padamu aku berserah .Amin .