Thursday, April 15, 2010

Biar Belog Berbicara

Aku rindu kat keluarga aku . Ya , sangat rindu mahu pulang ke kampung . Hanya menanti masa sahaja . Kata orang penantian tu satu penyiksaan . Ya memang benar . Namun aku percaya , bahagianya tetap ada . 

Sekarang ni aku sangat musykil . Kenapa manusia mudah sahaja membuat persepsi sendiri terhadap manusia lain tanpa mereka sedari apa yang diperkatakan itu sebenarnya mencerminkan diri sendiri . 
Kenapa begitu ? Kerana satu jari menunding ke arah orang lain .namun empat jari selebihnya menunding ke arah diri sendiri.
Tidak aku nafikan yang manusia itu punya hak untuk mengatakan apa sahaja yang mereka rasa . 
Tapi tidakkah dia terfikir yang kadang-kdang apa yang diperkatakan itu membuatkan ada hati yang terasa ? Ada hati yang terluka . 
Ya . Mungkin pada fikirannya dia ingin menegur . Tapi kadang-kadang kata-kata yang dia tujukan kepada seseorang itu sangat melampau ? 
Tidak bolehkah dia menegur secara berbahasa dan beradab ? 
Ini tidak .Sampai menjatuhkan air muka orang dan mengata yang buruk2 tentang seseorang ? Sungguh tak beradab !!
Mungkin padanya dia sudah cukup hebat bila berbuat begitu . Eh !! cop !! baru aku sedar . Ada juga manusia yang berbangga bila diri itu rendah diri,humble-i mean orang tu bangga gila bila dia rasa rendah diri . Weird huh?? sepatutnya bila dah rendah diri tu Rendah je la . Nak berbangga pulak . Susah betol la .


Mungkin ada yang berbeza pandangan dgn aku.Pasti ada yang berkata lain.
Aku tidak kisah.
Biarlah baik buruknya seseorang tu hanya Allah saja yang tahu
Dosa pahala seseorang itu juga bukan manusia yang tentukan,tapi Allah.
Tidak kisah ada yang mengata aku.
Sebab aku tawu aku tak dapat nak menghalang mereka.
biarlah mereka dengan kata-kata mereka.
Yang pasti aku adalah aku.
Aku akan berubah.
tapi dengan kehendak diriku dan keizinan-Nya jua.
Bukan kerana mereka .

p/s:mungkin apa yang aku tulis di sini juga ada yang mencerminkan diri aku sendiri. oleh itu , sebelum apa2..aku mintak maaf . aku sedar aku punyai kelemahan.aku ambil apa yang mereka kata sebagai panduan dan iktibar.tapi jangan pula mereka rasa riak atas apa yang mereka lakukan.
~pen off~