Saturday, October 10, 2015

Keredhaan

Assalamualaikum...

It's been a long time since I wrote here. Mungkin sibuk dengan urusan urusan duniawi. Mencari yang namanya kebahahgiaan. Sempat aku pergi menawan gunung,mencari yang dikatakan kecantikan alam ciptaan Tuhan. Mengenal saudara saudara baru. Alhamdulillah sempat merasai semua keindahan tersebut. Dalam sibuk sibuk tu rupanya Allah mahu uji aku dengan satu dugaan yang aku sendiri tidak pernah menyangka. Siapa yang boleh membaca takdir Allah kan? Allahu, kalau aku seorang yang lemah, mana mungkin aku bisa menulis sekarang. Alhamdulillah Allah bagi lagi kekuatan. Cumanya aku terkilan sedikit disebabkan itu aku terpaksa ambil study leave. Which is study aku tertangguh lagi setahun dan akan habis 2017. Umur  time tu dah 26. Astaga..lama betul aku mahu habis belajar. Aku tak sanggup rasa. Tapi mungkin ini salah satu ujian aku. Allah itu adil dan maha mengetahui. Mungkin ada orang fikir aku cuma beri alasan sakit untuk tidak teruskan. Aku membazir masa. "You shouldn't take study leave, you can do it"..and so on. Ya kekuatan. Aku perlu kekuatan untuk teruskan. Tapi maaf, kekuatan aku ada tahap.Sampai di situ sahaja kekuatan aku dan aku terpaksa membuat keputusan ini. Sakit aku aku ja rasa. Orang nak cakap cakap ja lah. Mungkin ada hikmah semua ni. Semoga aku tabah. Semoga Allah berikanku kekuatan.  Laayukalifullahu nafsan illa wusa'ha.lahamakasabat wa alaihaa maaktasabat..

Wassalam.

Thursday, May 15, 2014

Jatuh

Tak mengapa,
Kalau kita rasa kita jatuh sekarang,sekurang-kurangnya kita pernah merasa.
Yang penting esok hari kalau kita tinggi di atas, kita tidak akan lupa.


Wednesday, May 14, 2014

Harap

Setiap apa yang aku sudah rasa semalam, aku harap aku tidak takut untuk merasainya lagi.
Setiap apa yang aku sudah rasa semalam, aku harap itu yang membuat aku kuat untuk esok hari,
Setiap apa yang aku sudah rasa semalam,aku harap ia kekal menjadi sejarah yang aku takkan ulangi lagi.

Harap.
Hanya mengharap.


Tapi andai kata Allah nak uji lagi dengan benda yang sama namun situasi berbeda
Aku harap aku mampu untuk hadapi,
Aku harap asa ku masih berbaki,
Aku harap aku bisa berdiri lagi.

Aku kuat.
Ya, aku kuat.


Tuesday, May 13, 2014

Penggerak Hati

Aku perlukan seseorang yang tahu erti menghargai,
Yang di balik senyumnya ada senyumku,
Yang mengerti setiap perilaku
Yang bisa menggerakkan hatiku.

Adakahsemua itu hanya wujud dalam cerita dongeng?
Aku harap tidak.

Takdir

Jujur,aku minta kau jujur tentang rasa,
Biar hilang rasa itu aku sudah tidak peduli,
Biar.
Biar aku terhapus dari hidupmu,
Biar aku hilang,
dan aku tahu aku mampu
Hidup kita punya pilihan,
Dan pilihan itu yang menentukan di mana kita nanti,

dan aku,
aku pergi pada satu masa bila sang Penentu menyebut
Kun Fayakun.

Lalu di situ terciptanya satu takdir.
Ya.
Aku pergi.

p/s:hanyalah rekaan semata,tiada kena mengena yang hidup ataupun mati.

-AdielaNordin-

Urban Design

Done with my internal portfolio day. Yes, it is goin' to end very soon. I dont't know how exactly my feeling is because I keep thinking,is it enough with what I've done?worth it or not with all my sleepless day and my effort. Seriously to tell, I'm afraid if the same thing happens again every semester. But yes. I've done better than last semester project. Maybe my design still did not achieve their expetation and i'm not standing at the same level with others studio-mates but I've done all the requirement and with all my strength. I have to improve my skills and design. A lot!!  I just hope, I will pass this urban design studio. Please. I've worked for it and i really hope that it doen't dissapoint me. Otherwise, I would be dead D:

Sunday, January 5, 2014

Rasa

Bila mana kau bahagia bersama orang yang kau mahu cinta

Bila mana kau rasa setiap saat dia sentiasa ada
 
Bilamana ia berbalas dengan rasa yang sama kau rasa

Bila segalanya kau rasa indah berkongsi cerita

Itu cinta bagi pandangan mereka

Tapi bagi aku
Cinta itu tak semestinya begitu

Cinta yang aku rasa ini berbeda
Cinta yang mana bila dia sakit aku turut sakit
Bila dia sedih aku turut sedih
Bila dia terluka aku turut terluka
Bila dia kehilangan aku turut rasa kehilangan
Bila dia tidak bahagia aku turut rasa yang sama

Biarpun semua rasa dia itu bukan untuk aku
Biarpun dia tidak merasai
sakitnya aku
sedihnya aku
lukanya aku
rasa hilang aku
tidak bahagianya aku
      biar dia tidak pernah rasa semua aku rasa
      kerna aku ikhlas memberi rasa
      biarpun aku tidak menerima.
      biarpun dia tidak pernah mengerti
      biarpun dia tidak pernah mengetahui.
Itu cinta aku.

p/s: Mungkin cinta ini tidak diredhai.apapun segala yang hadir itu Allah jualah menghadirkan. Allah knows me best. Semoga aku kuat. Senyum :)

Cinta pada Allah itu keutamaan. Priority.